Followers

NOVEL DI PASARAN

PRINCE CHARMING

Terbitan: Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-016-3
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

AKU, DIA & GITAR

















Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd
Pengarang: Nurfa
Jumlah muka surat: 256 muka surat
ISBN no: 978-967-5270-65-9

Sinopsis:

Keindahan petikan gitarnya dan suaranya membuatkan aku sebagai Alisa menemui jalan hidupku setelah berpisah dengan teman lelakiku. Dia hanya mahu dikenali dengan nama Mr. Pinky. Seorang lelaki yang berjalan tanpa arah tujuan dengan sebuah gitar ‘kapak’nya menghiburkan orang-orang di sekelilingnya.

Ini sebuah cerita kehidupan. Ini juga sebuah melodi kasih yang bermula dengan keindahan Pelangi. Ini kisah antara Aku, Dia dan Gitar...

TANPA KATA CINTA




Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-067-5
Sem. Malaysia: RM20
Sabah / Sarawak: RM23

Kamilia gadis yang sederhana penampilan namun sangat berkesan buat Isqandar. Tidak dapat Isqandar bayangkan betapa istimewa Kamilia dalam hidupnya. Sekejap saja Kamilia berjaya merubah perasaan Isqandar yang sangat dingin kepada ceria dan gembira. Untuk mengelak daripada Alina, Isqandar mengambil keputusan yang sangat luar biasa dan yang tidak-tidak saja. Dia memutuskan untuk meminta Kamilia menjadi isterinya.

Sakinah, gadis biasa yang juga inginkan cinta seperti gadis-gadis yang lain. Bertahun lamanya dia berharapkan si jejaka bernama Aizat. Biarpun Aizat memilih Honey sebagai teman tetapi dia tetap tunggu dan tunggu. Zaquan, akhirnya dia pulang mewarnai hidup dayangnya. Walaupun dia sering berkasar dengan Sakinah, tetapi dia bagaikan perisai yang akan melindungi Sakinah. Semuanya kerana dia ingin kembalikan sesuatu yang diambil daripada Sakinah, namun dia tidak menyangka perasaannya terhadap Sakinah begitu kuat.

ANTASIA: SATU PERMULAAN




PENERBIT: ONE NUSANTARA
ISBN 978-967-5270-95-6
Sem. Malaysia: RM23.90
Sabah / Sarawak: RM26.90

Sinaran misteri yang menyelubungi bangunan pusat membeli Antasia telah menyebabkan beribu-ribu pengunjung dalam pusat membeli belah itu meninggal dunia serta merta. Tiada sesiapa yang tahu apakah puncanya dan siapakah yang bertanggungjawab membunuh mereka semua.

Lucas Shah Putera yang berada jauh dari bangunan itu terselamat daripada kejadian tersebut. Namun, hidupnya berubah sepenuhnya apabila mengetahui sepupunya, Luna Lusia hilang dalam kejadian itu. Lebih teruk lagi dia disahkan menghidap penyakit misteri.

Selepas beberapa bulan, Luna Lusia masih tidak dijumpai tetapi Lucas Shah Putera kuat mengatakan bahawa sepupunya itu masih hidup dan bernekad untuk menyiasat kehilangan Luna Lusia. Melalui pertolongan diari milik Luna Lusia yang dijumpainya, membawanya membongkar akan kewujudan satu dunia yang diberi nama Dunia Antasia...

“Hari yang paling bersejarah dan paling bermakna. Aku tidak akan melupakan hari ini sampai bila-bila pun. Mungkin cukup sampai disinilah aku hidup dalam dunia yang penuh cabaran ini. Mungkin suatu hari nanti, aku perlu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini.” - LUNA LUSIA.

ANTOLOGI CERPEN: TENTANG CINTA



PENERBIT: AURORA CREATIVE
ISBN 978-967-10077-1-6
Sem. Malaysia: RM18.00
Sabah / Sarawak: RM20.00

Menghimpunkan 19 cerpen daripada 9 orang penulis tanah air. Antaranya, Maria Kajiwa, Farah Husain, Zuliana Abuas, Ilmar Imia, Elzara Hariri, Packy Sidique, Ratu Bulan, Nash Azly dan Rizai Reeani. 

Ratu Bulan menyumbangkan dua buah cerpen dalam antologi ini iaitu Seindah Cinta Sarah dan Mistik Cinta Zara. Antologi ini boleh di dapati dengan membuat pesanan ONLINE kepada aurorabookstore@gmail.com