Followers

TENTANG RBN

Kenapa pilih nama pena Ratu Bulan?

Tak ada sejarah. Pemilihan nama pena tu berlaku secara tak sengaja sebab masa hantar karya di P2U, itulah nama pena yang terlintas di fikiran saya. Saya bukan penggemar bulan tapi semakin lama nama tu macam dah sebati dalam hidup saya. Pernah cuba menukar nama tapi sayang nak tinggalkan nama tu. Novel kedua saya, saya beranikan diri letak nama pena itu. Ramai juga yang bertanya, berasa pelik dan macam-macam lagi reaksi pembaca. Malah ketika berbual dengan seorang novelis kegemaran saya, dia mengatakan itu macam nama pena penulis dulu-dulu (dimana mereka tidak menggunakan nama sebenar atau nama-nama moden). Mungkin untuk novel seterusnya, saya ingin kekalkan nama pena itu.

Minat menulis sejak bila?

Sejak zaman sekolah lagi. Dulu tulis untuk suka-suka. Cerita pertama yang saya tulis berbentuk fantasi. Saya kurang berminat tulis novel cinta tapi pernah juga buat cerita cinta yang pertama. Rata-rata rakan di sekolah pernah membaca cerita itu dan saya terima komen yang positif dari mereka tapi sampai sekarang saya tak perbaharuan cerita itu untuk bacaan umum di blog. Mungkin suatu hari nanti.

Saya berhenti menulis secara aktif selepas masuk universiti. Tapi masa tu masih ada menulis sikit-sikit cuma untuk menghilang bosan saja. Selepas tamat universiti, minat menulis menguasai diri semula. Penghujung tahun 2007, bermulalah aktiviti menulis secara serius.

Pahit manis jadi penulis?

Manis – Pertama, enovel pertama diterima ramai. Rasanya enovel tu cincai je. Main tulis je tanpa draf yang betul. Maybe ramai yang suka sebab jalan ceritanya atau mungkin watak-wataknya. Kadangkala saya sebagai penulis pun tak tahu apa yang membuatkan pembaca suka. Jiwa setiap pembaca tak sama. Kedua, enovel saya dibukukan. Rasa macam bermimpi disiang hari. Ketiga, pertama kali turunkan autograf kat novel sendiri hehe...

Pahit – Merasakan diri ini sudah penuh ilmu di dada sehingga tak dapat terima kritikan orang lain. Bila fikir balik, alangkah ceteknya pemikiran saya ini. But we all learn from the mistake right? Saya dalam proses belajar dan sampai bila pun saya akan belajar.

Secara kesimpulannya – saya seorang yang membosankan. Annoying (maybe) sebab selain berkaitan dengan menulis novel, saya tak tahu apa-apa tentang dunia ini. Bila rasa nak buat cerita tentang sesuatu, barulah terkapai-kapai mintak bantuan orang lain and do some research. Hidup saya 24 jam boleh dikatakan berhadapan dengan laptop, menyumbat telinga dgn MP3 dan mengurung diri dalam bilik (yang dipanggil markas). Secara kesimpulannya, hidup saya adalah menulis (menaip). Mungkin kalau satu hari tidak menulis, saya akan jadi tak menentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan