Followers

Ahad, 15 Januari 2012

Prince Charming: Versi tak pernah disiarkan sebelum ini [PART 1]


Dah lama tak update blog ni, kan?
Okey, selepas membuat pembersihan pendrive tadi saya temui beberapa writer cut Prince Charming yang belum pernah disiarkan di mana-mana (rasanyalah ^_^). Sebelum saya sajikan dengan writer cut Prince Charming, mungkin ramai yang tak tahu bahawa Prince Charming ni merupakan idea masa saya bersekolah lagi. Tapi pada masa tu tajuk asal Prince Charming ialah BUNGA DI TAMAN KUMBANG. Story line dan nama watak juga agak berbeza dengan versi Prince Charming sekarang.
Di bawah ni saya kongsikan sedikit versi asal Prince Charming yang masih saya simpan lagi. Maaf, kalau ia agak kebudak-budakan.
~*~
“Wei Kimi, Kimi,” sapa seorang beberapa kawan-kawannya yang datang dari arah yang bertentangan. “Habislah, habislah.”
Hakimi menggaru kepalanya. Apa yang habisnya? Dah habis cerita ke? Tiket perlawanan bola habis ke? Tiket wayang habis? Atau cerita VCD korea sudah habis? Yang mana satu ni?
“Habis, habis,” ujur YuYu Hishoro lagi atau nama sebenarnya Yusmanizam Hassan. Ah, nama sedap tapi orang panggil YuYu Hishoro. Ah, lantaklah asalkan jangan panggil Shiro (nama anjing kesayangan Shin Chan) sudah.
“Hah Kimi, habis!” sokong seorang lagi kawannya yang tercungap-cungap sama dengan YuYu Hishoro, siapa lagi kalau Farid yang tembam dan comel. Seperti YuYu Hishoro, Farid juga ada nama gelaran- Giant!
“Aku tahulah habis tapi apa yang habisnya?” tanya Hakimi masih lagi tenang. Ah, mereka berdua ni suka sangat bermain ‘bunga api’ dan bila dia dapat tahu ‘bunga api’ jenis apa, memang memalukan, keluhnya. Tak faham? Maknanya, mereka berdua suka mengada-adakan cerita yang sejuk menjadi panas. Cerita yang tak penting, di anggap penting bagi mereka.
Ada orang nak bunuh diri!” serentak dengan itu mereka berdua berkata.
Sekali lagi Hakimi mengedut dahi. Dan dia merasai dahinya, emm… rasanya tak demam. Mungkin mereka berdua demam.
“Apa kau buat?” tanya Giant apabila Hakimi merasai dahi kedua teman sekelasnya itu.
“Nak rasa korang ni demam ke tak?” ujur Hakimi selamba. “Emm… mungkin korang ni kena kencing manis yang teruk, aku dah kata, jangan makan garam banyak-banyak tapi tak dengar, lihat, apa dah jadi, korang bermimpi disiang hari lagi!” Hakimi mengeluh lemah.
Giant dan YuYu Hishiro saling berpandangan. Bukan ke penyakit kencing manis disebabkan gula dalam darah berlebihan? Bukannya garam. Sekarang ni siapa yang tengah sakit ni?
“Hey, ada orang nak bunuh diri bukan masalah aku. Aku bukannya juru perunding nyawa. Lebih baik kau minta bantuan pengetua ataupun Pak Misai Harimau tu,” ujur Hakimi tidak langsung mengendahkan berita itu.
“Masalahnya, budak tu perempuan!”
“Perempuan?” Hakimi mengedut dahi lagi. “Oh, mesti budak perempuan yang menangis seperti baru kena rogol tadi. Ah, lantaklah dengan dia. Dia nak bunuh diri, bukan masalah aku.”
“Masalah kau juga dan masalah kita semua!”
“Kenapa?”
“Masalahnya dia nak bunuh diri kat tandas private kita!”
“Apa?!”
Ah, ni kes serius ni. Serius kalau melibatkan tandas private! Nak bunuh diri pula tu. Perempuan kena rogol pula tu! Tak boleh jadi ni, mesti kena selamatkan keadaan dulu. Tak boleh biarkan perempuan tu bunuh diri dalam tandas yang dilindungi mereka selama berkurun-kurun lamanya. Yelah, kalau perempuan tu bunuh diri, roh perempuan tu takkan tenteram dan akan membuat huru-hara dalam tandas private mereka! Hisy, terpaksalah menyelamatkan satu nyawa yang sia-sia!
~*~
Huhu… jangan gelak. Agak kebudak-budakan, kan? Jangan tanya kenapa saya ubah story line, saya sendiri pun tak de jawapan yang pasti.
Okey, dibawah ni pulak versi yang dibuang. Ingat lagi tak habis saja enovel Prince Charming, saya ada sambung ‘Special Edition’ iaitu Hanya Dia Prince Charming. Yang ini adalah sebahagian versi asal Hanya Dia Prince Charming.
~*~
Langsir biliknya di selak. Serentak itu cahaya matahari pagi yang sudah menyinar, berlumba-lumba masuk melalui tingkap biliknya. Dia menggeliat malas membetulkan otot-ototnya supaya berasa selesa. Kembali ke meja tulisnya, lattopnya di buka sebelum berlalu keluar dari biliknya.
“Okey, semua boleh bangun! Hari ni kita akan pergi picnic di Air Terjun Ulu Yam!” jerit Nurul sambil mengetuk pintu bilik kawan-kawan rumah sewanya. Sejak dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat peguam di Kuala Lumpur, dia duduk menyewa dengan kawan-kawan yang dikenalinya semasa belajar di kolej dahulu.
Dia kemudiannya berlalu dapur dan membuka peti ais. Mengeluarkan sebuku roti dan setin tuna dan diletakkan di atas meja. Memasak air untuk dibawa ke sana nanti. Dia tersenyum keseorangan. Hari ni sengaja dia memohon cuti untuk menenangkan fikiran dan setelah dia berbincang dengan dua kawan barunya, Shasha dan Atiqa mereka bersetuju untuk bercuti di Air Terjun Ulu Yam yang lokasinya tidak jauh dari Kuala Lumpur.
“Diorang ni nak pergi ke tak nak?!” Nurul mendengus geram. Mereka berdua memang susah sangat hendak bangun tidur dan tiap-tiap hari dia terpaksa bangunkan mereka berdua untuk ke kerja. Dan tiap-tiap hari juga dia pasti akan terlambat ke kerja kerana mereka berdua yang bersiap lambat.
“Atiqa!” nama kawannya itu di laung beberapa kali sambil mengetuk pintu bilik Atiqa tapi Atiqa langsung tidak menyahut panggilannya. Tanpa berfikir panjang lagi, Nurul terus meredah masuk ke dalam bilik Atiqa. Kosong.
Kemudian dia berlalu ke bilik Shasha. Tanpa mengetuk, dia terus meredah masuk. Kosong juga. Nurul mendengus marah. Entah ke mana pula mereka berdua sudah pergi. Jogging? Tak mungkin. Dalam setahun dia tinggal bersama mereka, mereka hanya akan bersenam di gym sahaja. Alasan mereka satu, sebab gym ada air corn!
Memang jarang mereka berdua bangun awal walaupun hari cuti. Tak mungkin juga mereka terpaksa bekerja kerana mereka sudah terlebih dahulu mengambil cuti untuk hari yang kononnya bersejarah ini. Mereka bertiga akan bercuti bersama-sama setelah setahun tinggal menyewa bersama.
Menutup pintu bilik Shasha, Nurul terpandang satu notis yang diletakkan di atas meja sebelah bilik Shasha. Terbeliak matanya bila membaca nota tersebut.
-Sorry Nurul, boyfriend kami tiba-tiba nak ikut pula. So, memandangkan kau tiada boyfriend, kami terpaksa tinggalkan kau. Lagipun apa class dengan Ulu Yam tu. Kami cadang nak ke Genting. Jangan risau, nanti kami belikan kau hadiah-
Nota tersebut di ambil dan dikeronyokkan dan dibuang ke dalam tong sampah di dapur. Hatinya membara. Penat-penat dia memujuk bosnya untuk bercuti pada hari itu, tiba-tiba sahaja mereka berdua buat begitu kepadanya.
Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya dan duduk mengadap lattopnya yang sudah terpasang. Terus membuka Google Talk dan login. Nama yang dicarinya tiada. Google Talk di tutup dan dia beralih ke Yahoo Messenger. Beberapa saat kemudian, dia berjaya login. Nick name Ayam Golek di carinya. Offline
“Offline lagi!” bentaknya marah.
“Aku nak kau balik sekarang juga dan jadi boyfriend aku!” taip Nurul pada skrin YM walaupun orang yang dicarinya tidak online lagi.
Nazrul tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Bagaikan mengalami mimpi yang ngeri dia terjaga dari tidurnya yang nyenyak. Jam loceng di tepi katilnya berbunyi. Tepat jam 7.30 pagi. Dia tergamam. Kemudian dipandang lagi jam locengnya lagi, memang jam 7.30 pagi waktu Malaysia!
“Wah, seumur hidup dalam sejarah. Bangun awal tanpa di suruh,” dia menggeliat malas dan berlalu ke meja tulisnya. Lattopnya di buka sebelum berlalu ke bawah mengambil air mineral yang sempat dibelinya semalam selepas sampai sahaja di Malaysia.
Kemudian dia kembali mendaki anak tangga ke biliknya semula. Langsir putih diselaknya membolehkan cahaya matahari yang sudah lama tidak menerjah masuk ke bilik itu, menyinari bilik itu dengan cahayanya. Air mineral di teguknya sedikit sambil memerhati sekeliling dari jendela tingkap.
Rasanya sudah hampir tiga tahun dia tidak menjejak kaki ke Malaysia. Hampir tiga tahun juga dia terpaksa menyimpan hasratnya untuk pulang ke tanah airnya semula. Dan hari ini, impiannya terlaksana apabila berpeluang untuk menjejak kaki ke Malaysia. Kali terakhir dia ke Malaysia selepas berlepas ke UK adalah pada hari pengumuman result SPM. Itupun dia tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawannya apabila terpaksa berterbang ke UK semula kerana mamanya kurang sihat kerana demam.
Nasib baiklah dia sempat berjumpa dengan Nurul. Walaupun hanya seketika tapi ianya satu kenangan yang berharga buatnya. Bukan senang nak jumpa buah hati yang tinggal berjauhan!
Nazrul berlalu ke meja tulisnya yang malam tadi berabuk tapi sudah dibersihkan. Modem internet yang dipinjam dari Rezza semalam di sambungkan ke lattopnya. Dia tersenyum. Sekejap lagi bermulalah misinya untuk menyakat Nurul lagi. Hatinya tertawa jahat. Dia memasukkan kata nama dan kata laluan pada Yahoo Messenger sebaik sahaja lattopnya sudah berhubung ke internet.
Pasti Nurul akan terkejut beruk bila dapat tahu dia sudah pulang ke Malaysia. Sengaja dia tidak mahu memberitahu Nurul atas kepulangannya malam tadi. Sambil itu boleh juga dia menjadi agen 007 untuk mengekori ke mana gadis itu pergi dan apa yang dia buat di Kuala Lumpur. Adakah ada balak baru? Ataupun ranting kayu yang baru? Nazrul tersengih-sengih. Bertahun lama dia tidak dapat menyakat Nurul, hari-hari menyakat dalam YM mana seronok. Orang kata ‘Tak Real!
Sementara tunggu YMnya beroperasi, dia meneguk sedikit air mineral. Dan tiba-tiba terpampang mesej offline yang baru diterimanya. Mesej dari Nurul. Tersembur air mineralnya sebaik sahaja membaca mesej Nurul. Kemudian dia tertawa kelucuan. Menekan perutnya yang tidak tahan. Hampir terguling-guling dia dengan mesej tersebut.
“Buat aku sakit jantung je la mak cik ni,” dia menggeleng. Nasib baiklah tidak tersembur ke lattopnya kalau tidak, dia terpaksa sediakan alasan untuk mamanya apabila balik ke UK nanti.
mak cik, kau kenapa ni?
Nurul yang sedang menumbuk-numbuk teddy bear pemberian Nazrul tadi terdengar sebuah mesej masuk. Ayam Golek Handsome sudah online! Dia bingkas bangun dan berlalu mengadap lattopnya. Tanpa berlengah lagi Nurul terus memainkan jemari-jemarinya pada papan kekunci lattopnya itu.
Tak de apa. Aku geram saja. Lupakanlah apa yang aku tulis tu.
Laa… patutlah aku rasa macam kena tumbuk saja. Kau tumbuk Abang Teddy ye.
Nurul tersengih. Abang Teddy, nama teddy bear yang diberi oleh Nazrul sebelum terbang ke UK empat tahun yang lepas. Memang. Kalau dia berasa geram sahaja pasti Abang Teddy akan menjadi tempat melepaskan geramnya. Dan lebih-lebih lagi kalau Nazrul sengaja hendak mencari gaduh dengannya. Habis Abang Teddy dikerjakan. Kerjakan Abang Teddy, umpama kerjakan Nazrul.
hehehe…
Kenapa marah tak tentu pasal?
tak de apalah. Aku geram dengan roommate aku tu je.
Habis tu sampai suruh balik Malaysia. Aku hampir nak book tiket balik Malaysia ni. Siap suruh jadi boyfriend pula tu.
Alah… penipu la tu. Agaknya sedap tidur kat katil tu lagi. Hampir book tiket konon. Agaknya tiket wayang.
A’ar… tiket wayang… wayang kulit hahaha!
tengok tu. Nasib baiklah kau jauh kalau tak aku humban kau kat lori sampah DBKL ni!
Mak aiii… garangnya… kalau macam ni cancellah nak masuk meminang. Nanti hari-hari kena humban ke dalam lori DBKL tu.
alah, kau tu dah banyak kali cakap nak datang pinang tapi tak datang jugak pun. Memang dasar pengecut. Dulu nak cakap I love you kat aku pun susah!
tapi aku cakap jugak kan?
yelah. Kau cakap jugak tapi itupun sehari sebelum nak pergi sana. Lepas tu sekarang ni pun bukannya nak bertindak apa-apa. Nanti aku cari boyfriend lain baru kau tahu.
Carilah. Aku boleh cari girlfriend lain. Kat sini ramai awek cunnnnn…
Okey, fine! Minggu ni ada reunion untuk batch aku di kolej dulu. Dan mulai hari ni aku nak cari lelaki yang handsome lagi kacak lagi kaya lagi sweet dari kau untuk jadi partner aku!
Lattopnya terus ditutup. Di cabut plaknya sekali. Nurul mendengus geram. Abang Teddy di campaknya ke tepi kemudian di ambil balik dan bermulalah aksi gusti yang pernah anda semua tonton di televisyen.
Di taman perumahan yang jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, Nazrul tersenyum sendirian. Gelagat Nurul memang sentiasa mencuit hatinya sejak dari dulu lagi. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Nurul tapi apa yang pasti gadis itu begitu istimewa di matanya.
Reunion ye… ingatkan aku tak tahu? Sebab tulah aku balik ke Malaysia,” dia tersengih sambil memikirkan rancangan yang sudahpun di atur. Nurul, tunggulah panggilan cinta daripadaku! Cewah! Berdrama pulak aku ni, berbalik pada rancangan asal, siapa yang aku nak korbankan sekarang ni?
Dia berfikir sejenak. Rezza dan Sofea sudah tidak boleh dikorbankan lagi sebab mesti Nurul dapat teka rancangannya nanti. Dia tidak mahu rancangan mengejutkan Nurul gagal sekali lagi seperti rancangannya pulang untuk mengambil result SPM dulu.
“Hayrul,” dia memetik jarinya dan tersengih jahat. “Umpan dia dengan awek cun di UK hehehe,” terus dia berlalu mencapai handsetnya. Di tekan-tekan handsetnya namun langsung tidak berfungsi. “Bateri habis lagi!” dahinya ditepuk. Patutlah aman dunianya pagi. Tiada siapa pun yang menelefonnya bertanyakan khabar.
“Alangkah bestnya kalau bateri handset ni macam bateri kereta. Tak payah nak kena charge! Huh, hilang mood aku. Baik tidur!” bebelnya seorang diri dan berlalu ke katilnya semula setelah mengecas handsetnya.
Dia melompat naik ke atas katil. Menggeliat dengan seronoknya. Rindu dengan katilnya itu. Katil di UK tidak setanding dengan katilnya di Malaysia. Banyak perbezaan. Antaranya, bau katilnya yang harum semerbak. Tapi entah kenapa mamanya anti sangat dengan bau katilnya. Nazrul menggaru kepalanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Hanya tuannya saja yang tahu bagaimana harumnya bau tilamnya itu.
“Ya Allah, terbongkong lagi?” Rezza menggeleng apabila melihat kawannya itu masih lagi di atas katil. Sudahlah dia telefon Nazrul tidak dapat, ketuk pintu tadi pun macam hendak pecahkan saja pintu rumah Nazrul itu tapi nasib baiklah dia ada kunci pendua.
“Dah bangunlah,” sahut Nazrul terus bangkit bangun dari baringnya.
“Dah tu? Kenapa tak pergi mandi? Pergi mandi, lepas tu kita keluar pergi makan,” arah Rezza yang masih lagi tidak berubah sejak dari dulu lagi.
“Makan ayam golek ke?” pantas dia bertanya.
“Ayam Golek apa pagi-pagi ni. Sarapan pagilah. Roti canai ke, nasik lemak ke. Ingat ayam golek je la kau ni. Dari dulu sampai sekarang masih sama saja. Kalau macam ni macam manalah kau nak meminang anak dara orang?” Rezza sudah mula membebel.
Nazrul tersengih-sengih. Sudah lama dia tidak dengar Rezza membebel macam atuk tua menasihati cucu-cucunya. Memang seiras! Bertuah cucu-cucu Rezza dapat atuk yang prihatin. Nazrul segera berlalu ke bilik mandi. Selepas sahaja membersihkan diri dan mengenakan baju t-shirt dan seluar jeans mereka berdua berlalu keluar mencari sesuatu yang hendak di makan.
“Auntie macam mana kat sana?” tanya Rezza sambil menikmati nasi lemak di sebuah gerai tidak jauh dari taman perumahan mereka. Nazrul masih lagi tidak berubah. Ambil nasi banyaknya macam tidak makan satu bulan, itu belum lagi lauk-lauk nasi lemak yang diambilnya. Semua dia nak sapu.
“Okey,” jawab Nazrul sepatah sambil menyuap nasi dengan lahapnya. “Aku dah tak payah risau pasal mama lagi dah.”
“Kenapa?”
“Mama ada pengganti baru,” Rezza kurang faham. “Aku bakal dapat ayah baru.”
“Hah? Serius?”
Nazrul mengangguk.
“Dengan orang sana ke?”
“Tak. Orang melayu tapi menetap di Singapura. Seorang ahli perniagaan yang mencari peluang perniagaan di UK. Dia duduk tak jauh dari rumah aku di sana so, mereka selalu berjumpa dan tiba-tiba terjatuh cinta so, aku terpaksa terima walaupun masa tu aku rasa tak selesa ada orang lain di antara kami. Kalau mama rasa dia boleh bahagiakan mama, aku terima saja,” beritahu Nazrul.
“Ni kiranya tengah melarikan diri la ni. So, berapa lama kau akan berada di sini atau kau balik terus”
“Balik terus. Tak naklah aku duduk kat sana lagi. Bukannya ada apa lagipun Malaysia lagi best.”
Malaysia best sebab ada buah hatikan?”
Nazrul tersengih-sengih. Teringat pula pada Nurul yang sudah lama tidak dijumpainya. Hanya berjumpa di YM sahaja. Entah macam mana rupa Nurul sekarang? Adakah ada iras-iras mak cik tepi jalan? Dia tersenyum lucu.
~*~
Sekali lagi, jangan tanya kenapa saya ubah jalan citer. Orang kata idea asal ni memang best tapi kadangkala akan terjumpa ‘jalan mati’... 
Seterusnya... nantikan bahagian kedua ^_^

5 ulasan:

  1. wah rasa macam nak baca semula novel nie...best2

    BalasPadam
  2. nice..tiba2x rindu kat nazrul ngan nurul..nak pergi baca PC balik lah..

    BalasPadam
  3. hmmm... rasanya jalan cerita yg dalam novel tu lg best....

    BalasPadam