Seindah
Cinta Sarah
D
|
UA tahun yang lalu, dia berpendapat, jika ingin memperoleh cinta yang diidamkan, seseorang itu perlu berusaha untuk mendapatkannya. Dia tidak
percaya mana-mana cerita dongeng yang mana seorang puteri akan duduk di tepi
dan menunggu sang putera datang untuk mempelawanya menari.
Baginya, semua itu hanya berlaku dalam novel-novel cinta.
Itu dua
tahun yang lalu. Kini, dia mula berputus asa untuk berusaha. Selama dua
tahun dia berusaha dan menunggu, tetapi cinta yang diingininya masih belum
dikecapinya. Malah, lebih teruk, jejaka yang dicintai dengan sepenuh hati
selama ini mengucapkan kata-kata yang paling ditakutinya.
“Mulai
pada hari ini, aku tak nak tengok muka kau lagi,” kata Khairi dengan suara
menahan marah. “Mulai hari ini juga, aku nak kau berambus daripada hidup aku!”
Sarah
menghela nafas lemah. Hanya kerana satu kesilapan kecil, Khairi
yang dipujanya sejak zaman persekolahan lagi telah memutuskan
hubungan persahabatan mereka. Kata-kata Khairi semalam bukan sahaja
menyakitkan hati tetapi turut membuatkan dia berasa tidak bersemangat.
Semuanya
gara-gara Khairi langsung tidak mengendahkan Sarah yang berulang-kali cuba
berbaik semula. Apabila Sarah cuba menghubungi Khairi, hanya suara operator
telefon yang kedengaran. Apabila Sarah cuba menghampiri Khairi di kolej, lelaki
itu lantas bangkit berlalu dari situ tanpa sepatah kata.
“Kau gaduh
dengan Khairi?” tanya Zara, rakan Sarah yang begitu memahaminya.
“Nampaknya
macam tulah,” jawab Sarah yang tidak pernah berahsia dengan Zara. Jika dia cuba
menipu Zara, pastinya Zara dapat menghidu.
“Kali ni
apa masalahnya?” tanya Zara.
“Masalah
kecil. Aku tolong jawabkan telefon Khairi masa dia pergi beli air. Aku tak tahu
yang telefon tu Dayana. Lepas tu, Dayana syak yang bukan-bukan. Mulalah perang
dunia,” terang Sarah.
“Patutlah.
Aku dah nasihatkan kau, hati-hati sikit. Dayana Khairi tu gila
sikit. Khairi pula jenis yang menurut. Aku dah agak mesti perang dunia
nanti. Nasib baiklah Dayana duduk jauh dekat Amerika Latin. Kalau
tak, memang dah kena serangan balas,” balas Zara yang sudah berkali-kali
mengulangi kata-kata yang sama apabila menyentuh soal Khairi dan teman
wanitanya.
“Kadangkala
aku kasihan dengan Khairi. Aku tahulah si Dayana tu cantik macam model tapi tak
perlulah jadi macam pak turut, asyik nak menurut saja kerenah Dayana.
Kalau boleh, memang aku nak dia orang berpisah. Khairi tak sesuai dengan orang
macam Dayana tu,” ujar Sarah geram.
“Habis tu,
kau seorang sajalah yang sesuai dengan Khairi?” Zara menjeling. “Sarah,
apa yang kau buat ni salah. Memanglah Khairi tu tak patut bersama dengan Dayana
tapi kau tak ada hak nak tentukan dengan siapa Khairi layak bersama.”
“Apa
salahnya aku? Aku dah tunggu dia lebih dua tahun. Dari zaman sekolah lagi. Kau
ingat senang ke nak sampai ke tahap ni? Masa di sekolah, dia pelajar top 10. Aku
pula, Bahasa Inggeris pun asyik dapat markah bawah 40. Disebabkan aku nak jadi
sama taraf dengan dia, aku berusaha belajar sampai aku dapat masuk
universiti ni dengan dia. Aku kenal Khairi lebih daripada Dayana kenal Khairi!”
tegas Sarah sambil menggenggam kedua-dua tangannya menahan segala yang terbuku
di hati.
“Aku tahu
tapi semua tu tak cukup nak ubah hati Khairi. Kaum lelaki ni lebih suka kalau
dia orang tahu diri dia orang ni dikejar. Ego dia orang makin tinggi. Begitu
juga dengan Khairi.”
“Maksud
kau, Khairi sengaja buat macam ni?” tanya Sarah.
“Aku tak
berani nak jamin apa-apa sebab aku tak pernah alami perasaan macam ni. Aku juga
bukan kenal sangat Khairi, jadi aku tak tahu apa yang dia sedang fikir,”
balas Zara.
“Dia hanya
fikirkan Dayana lebih penting daripada aku,” jawab Sarah.
Zara hanya
mampu menggeleng.
SEBULAN berlalu tanpa sebarang petanda positif
antara Sarah dengan Khairi. Khairi masih lagi mengelak
daripada berjumpa dengan Sarah walaupun Sarah telah cuba sedaya upaya menerangkan
apa yang berlaku. Bagaimanapun, Sarah terpaksa mengakui, Khairi sudah tidak
boleh menghadam apa-apa penjelasan daripadanya sekali gus membuatkan hubungan
mereka bertambah renggang.
Selama
sebulan, dia lalui kehidupan sendirian. Bukan dirinya sahaja yang sunyi, malah
telefon bimbitnya juga senyap sunyi. Hanya mesej-mesej
iklan daripada syarikat telekomunikasi dan mesej daripada mama yang muncul.
Sedang
asyik melayan hati yang telah retak seribu, telefon bimbit Sarah berbunyi.
Bergegas Sarah berlari melompat ke atas katil mencapai telefon bimbitnya.
Namun, sebaik melihat nama ‘mama’ pada skrin telefon bimbitnya, semangatnya
terus jatuh merundum. Bukan bermakna dia tidak suka mamanya
menelefon, tapi buat masa sekarang dia masih belum mendapatkan kembali
semangatnya yang hilang.
“Assalamualaikum,
mama,” Sarah menjawab panggilan.
“Sarah!
Kenapa tak balas mesej mama? Mama mesej banyak kali tapi satu pun Sarah tak
balas!” Suara mamanya yang kuat di hujung talian
menyebabkan Sarah terpaksa menjarakkan telefon daripada telinganya.
“Sarah
sibuk,” jawab Sarah tenang. Apa yang penting, mamanya tidak perlu tahu tentang
hal dia dengan Khairi.
“Sibuk
dengan Khairi?” soal mamanya dengan nada mengejek.
“Tak,”
balasnya pendek.
“Ah,
lupakan tentang Khairi sebentar. Mama ada berita penting nak beritahu. Kamu
mesti ingat lagi Pak Cik Fahrin yang kamu jumpa masa cuti semester lepas,
bukan?”
“Ingat…”
“Kami dah
buat keputusan untuk berkahwin…”
“Emm…”
jawab Sarah acuh tak acuh.
“Emm? Itu
saja?”
“Semua tu
Sarah boleh agaklah, mama. Sarah dah lama fikir. Lagipun mama muda lagi, buat
apa Sarah nak halang pula?” jawabnya yang tidak berminat hendak membincangkan
hal tersebut. Jikalau hubungannya dengan Khairi masih baik, mungkin dia akan
melompat-lompat keriangan meraikan berita gembira itu.
“Betul?”
Kedengaran sorakan gembira daripada mamanya.
*****************************************************
Mampukah Sarah memiliki cinta sejati? Nak
tahu kesudahannya, dapatkan Antologi Cerpen: Tentang Cinta.
Harga: RM15 [untuk 300 pembeli terawal]
Boleh order melalui saya atau aurorabookstore@gmail.com

0 ulasan:
Catat Ulasan