Followers

Rabu, 16 Mac 2011

Semuanya kerana Fesbok



Dulu masa berjinak-jinak dengan blog, banyak sangat nak tulis dalam blog. Rasanya dalam satu hari nak tulis beberapa entry. Biarlah entry entah apa-apa asalkan gembira dapat letak dalam blog. Gembira orang baca blog kita walaupun si pembaca tu tak tinggalkan komen. Gembira jugak bila tiba-tiba ada pengikut blog. Apa pun tentang blog semuanya gembira. Pertama kali berblogging la katakan.


Tapi itu dulu.


Sekarang, dah lain. Sekarang dah tak macam dulu lagi. Nak buka blog sendiri pun pemalas tahap gaban (maaf gaban kerana mengunakan nama anda). Nak update blog apatah lagi. Kadangkala nak tengok cbox pun takut sebab mesti ada yang marah sebab tak update blog. Busy? Nah, itu salah satu alasan yang tak boleh pakai. Memang busy tapi setakat di tempat kerja. Bila balik kerja, dah penat-penat mesti nak release tensionkan? Kalau terus bukak blog mestilah rasa lagi tension. Jadi, balik rumah tengok sajalah Power Rangers dan sekutu dengannya untuk hilang tension. Bila hilang tension, dah penat dan masuk tidur. Itulah rutin harianku. Malas tahap gaban nak update blog.



Entry dah berbulan-bulan siap tapi tetap malas nak update. Tambah lagi keadaan laptop saya yang tak beberapa sihat. Bila guna laptop tu saya diberi dua pilihan, sama ada nak bukak word ataupun nak bukak internet. Kalau saya pilih internet, saya tak boleh bukak word. Begitulah sebaliknya kerana laptop tak boleh bertahan lama kalau saya buka internet dan word sekali. Dah nazaklah katakan.


Ingatkan bila dah dapat komputer baru, bolehlah buat keduanya sekali harung tapi kemalasan juga melanda. Jadi saya berpendapat ini bukan disebabkan laptop. Laptop tak bersalah. Bukan juga disebabkan sibuk atau penat. Semua itu alasan. Tapi disebabkan disiplin. Ulang sekali lagi DISIPLIN!


Sebagai seorang penulis, disiplin itu penting. Berikut adalah kata-kata beberapa orang penulis yang menulis dengan banyak. Ya. Oleh sebab itu saya buat satu jadual untuk menulis. Buat target sekali. Tapi malangnya, saya tak ikut pun jadual tu. Jadi saya terfikir, apa masalahnya? Kenapa saya tak boleh berdisiplin seperti penulis lain?


Fikir dan fikir, saya dapat tahu puncanya. Facebook! Ya. Itu yang membuatkan saya leka. Bayangkan setiap 5 minit mesti saya akan tengok facebook. Walaupun tak komen atau tak update status tapi saya akan tengok facebook. Walaupun facebook dah tak best tapi tangan saya tetap buka facebook.


Jadi, mulai hari ini, saya akan kurangkan aktiviti berfesbok. Sila jangan rindu saya (hehe... macamlah orang terpenting ^_^). Saya hanya akan update status sehari sekali sahaja. Masuk facebook sehari sekali. Update link entry terbaru enovel.


Akhir kata, sila jangan rindu saya ^_^


0 ulasan:

Catat Ulasan