Followers

Selasa, 1 Mac 2011

The Making of... Antasia Cover


Novel Antasia: Satu Permulaan merupakan karya urban fantasi pertama saya yang akan menemui pembaca masa Pesta Buku 2011 di PWTC nanti. Novel yang pada mulanya enovel ini disiarkan diblog ini diterbitkan oleh One Nusantara.

Ketika novel ini dalam proses editing, saya dalam dilema untuk memikirkan idea cover novel ini. Pada awalnya, cover novel Antasia memang 100 peratus berbeza dengan yang anda lihat sekarang. Setelah berbincang dengan ketua editor, cover itu diubah 100 peratus.

Terima kasih kepada cik editor, Izan Ali yang memikirkan idea ini. 100 peratus cover depan ni adalah idea dari beliau. Pada awal cik editor memberi idea itu, saya terus setuju dan dah dapat bayangkan hasilnya.

Dan ini adalah proses-proses apabila cover Antasia sampai ke tangan saya.


Saya dapat dalam hitam putih. Masa ni tak rasa teruja sebab tak dapat tengok warna sebenar. Dalam cover ni, nama pena saya berada bawah tajuk novel. Kecil saja. Jadi, saya minta designer letak nama kat bawah dan besarkan sikit.

Ini gambaran keseluruhan cover.
Akhirnya, dapat tengok warnanya. Memang terus terpikat. Cuma satu je, nama saya tu terlampau besar pula. hampir penuh muka surat hehe...

Selepas berbincang, saya diberi cadangan untuk tukar font. Jadi, cik editor menolong saya carikan font yang lain. Inilah hasil terakhir setelah pening kepala nak pilih font. Semua font memang cantik-cantik sampai susah nak pilih.

Dan inilah hasilnya!


2 ulasan:

  1. k.nurfa... ta sabar nak beli.. kat mph or popular ader tak nnt??

    BalasPadam
  2. dah puas carik kat Kinokuniya, Popular, MPH sume takde..dah habis ke atau belum out for market lagi??..huuuu....

    BalasPadam