Followers

Ahad, 12 Disember 2010

Sequal Prince Charming?


Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah membaca novel Prince Charming. Saya benar-benar terharu dengan semua komen anda tidak kira positif atau negatif. Saya terimanya dengan senang hati. Memang tak dinafikan novel ini banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Walaupun dah lebih dua tahun belajar tulis novel tapi saya rasa ilmu masih belum penuh lagi tetapi saya akan perbaikinya pada novel akan datang.

Saya juga banyak terima feedback yang menginginkan sambungan Prince Charming. Sebenarnya, saya juga terfikir nak buat sambungan sebelum novel ini terbit lagi, tetapi saya ambil keputusan drastik untuk stop di situ sebabnya, cerita akan jadi lebih mengarut dan meleret-leret apabila di sambung.


Contohnya, saya akan wujudkan satu watak jahat yang berebut hero atau heroin, diorang terpaksa bergelut dengan perasaan, masalah dan sebagainya dan akhirnya sama juga (kembali bersama). Atau saya juga pernah terfikir tentang kisah si hero dan heroin hilang ingatan dalam satu kemalangan dan mereka berdua bergelut dengan masalah tu dan seterusnya saya akan hilang fokus dengan apa yang nak diceritakan (meleret tak sudah-sudah).

Tetapi, atas pemintaan ramai yang ingin mengetahui apakah yang terjadi pada Nurul dan Nazrul, saya akan masukkan kisah mereka dalam projek seterusnya iaitu kisah antara Sofea dan Rezza. Sebabnya, semua dah sedia maklum dengan hubungan Nurul dan Nazrul dan saya tak mahu panjangkan lagi kisah cinta mereka berdua. Dan dalam masa yang sama, saya juga terima pemintaan untuk fokuskan pada hubungan Sofea dan Rezza.

Jadi, setelah berfikir sedalam-dalamnya, saya buat keputusan untuk teruskan projek Sofea dan Rezza yang diberi tajuk Hanya Dia Prince Charming dan akan diselitkan kisah Nurul dan Nazrul juga. Saya harap anda semua boleh terima keputusan saya ini. Setakat ini, projek ini masih dalam status 'HOLD' untuk senarai manuskrip untuk tahun 2011.

ps:Saya akan bertugas di Pesta Buku Kanak-kanak di PWTC pada 22 hingga 26 Disember 2010 nanti ^_^

2 ulasan:

  1. salam. bagus kak! keep it up the gud work. saya pon xsuka citer yang terlalu meleret2. huhu.

    BalasPadam
  2. salah 1 sbb sy suka RB.. faham akn khendak pbaca... thx ya sbb hasilkan novel2 cengini.. ^_^

    BalasPadam