Followers

Rabu, 25 Ogos 2010

Love, Hate & Hocus ~ Pocus

Sebuah novel yang mampu menyihir pembaca!

Sebuah novel yang dibeli semasa di pesta buku di The Mines bulan 5 yang lalu. Saya dah baca separuh sewaktu melepakkan diri di sana dan sambung selepas beberapa bulan kemudian. Bukan kerana novel ini slow tapi kerana saya ingin tumpukan pada manuskrip. Tapi oleh kerana tak boleh tidur malam, saya habiskan membaca novel ini. Ini adalah novel Indonesia kedua yang saya baca.

Novel ini ditulis dalam bahasa Indonesia sepenuhnya. Tak banyak rojak tapi banyak penggunaan bahasa inggeris yang simple tetapi teratur. Jadi, tak ada masalah buat saya membacanya dan tak banyak gangguan bahasa yang selalu saya alami ketika baca novel melayu. Secara keseluruhan saya AMAT-AMAT menyukai novel ini.

Novel ini ditulis oleh Karla M. Nashar. Tak tebal. Hanya 263 muka surat sahaja. Tapi plot ceritanya amat-amat mantap. Saya tak tinggal satu muka surat pun membaca novel ini. Seperti baca novel penyiasatan. Tak boleh tinggal satu patah pun. Mungkin disebabkan novel ni tak tebal jadi, tak banyak plot yang meleret. Penulis hanya tumpukan pada dua watak utama sahaja iaitu Gadis dan Troy.

Novel ini mengisahkan Gadis dan Troy bekerja ditempat kerja yang sama. Seperti kisah cinta yang lain, mereka ni macam anjing dengan kucing. Asyik bergaduh tak henti-henti sahaja. Watak Gadis lebih kepada watak perempuan Indonesia biasa. Pakai baju tak berjenama, pakai mekap yang murah dan penampilan yang simple. Malah, makan pun pakai tangan. Troy pula berwatakan gedik (versi lelaki) tapi bukan nyah. Dia amat mementingkan kecantikan dan kekacakkan muka dia sehingga kalau dia bersolek kalah perempuan bersolek. Dia amat pentingkan jenama dan makanan kegemarannya adalah western food. Dan dia jarang bercakap dalam bahasa indonesia. Dia menggunakan bahasa Inggeris.

Memang kelakar bila dia bercakap dengan Gadis. Seorang cakap Indonesia sorang lagi cakap Inggeris. Walaupun sering bergaduh tapi diorang ni ada satu persamaan iaitu tidak percaya akan magik, benda yang karut-karut, ramal meramal dan sewaktu dengannya.

Namun, pada suatu hari mereka terbangun dari tidur dan mendapati kedua-dua mereka tidur di atas katil yang sama! Malah, apa yang mengejutkan ialah mereka telah bernikah 13 hari yang lalu. Apa yang dah berlaku? Benarkah mereka telah disihir oleh wanita gipsi misteri itu? Kalau nak tahu, kena baca novel ni ^_^

Dalam novel ni saya paling suka dengan watak Troy. Penulis telah menggarap watak Troy dengan penuh unik. Selalunya di dalam novel melayu, watak lelaki mestilah seorang yang handsome, kaya, ada ciri-ciri prince charming dan seorang yang amat-amat perfect. Tapi Troy, walaupun ada semua itu tetapi dia seorang lelaki yang amat-amat menjengkelkan dengan perangai gedik tak kira tempat. Tapi, sikap Troy yang gedik itu diolah secara unik sehingga saya pun terpikat sekejap (sekejap je tak boleh lama-lama hehe).
Bagi sesiapa yang ingin mengubah angin, bacalah novel dari Indonesia ini. Novel ini boleh didapati di Gramedia di The Mines. (sekarang tak tahulah ada lagi ke tak)

2 ulasan:

  1. Aku tak baca-baca lagi novel Indonesia tu...hehe

    BalasPadam
  2. alaa,selain kat the mines
    tmpat lain xde ke?
    huhu
    byk novel yg kebykannya kluar je kl dpt dlu,jeles btul kat org kl
    *_*

    BalasPadam