Followers

Khamis, 22 April 2010

ANTASIA: SATU PERMULAAN

Itu tajuk awal bagi manuskrip ANTASIA yang sedang saya usahakan sekarang ini. Tak banyak yang ingin diperkatakan tentang manuskrip ini sebab masih lagi dalam pembikinan. Ada beberapa beberapa yang kekal dan ada yang ditokok tambah dan ada yang didelete terus. So, bagi pembaca ANTASIA, diharap anda tidak terkeliru dengan cerita asal.


Cadangnya saya ingin ambil cerita yang asal tetapi setelah membuatnya separuh jalan, saya dapat idea baru dan idea itu memerlukan saya menulis dari awal cerita. Saya akan update beberapa bab ANTASIA yang baru di blog DUNIA ANTASIA dari masa ke semasa tetapi seperti biasa, saya tidak akan publish ke semua cerita sebab ini adalah untuk menghormati permintaan publisher juga.


Manuskrip ini akan dihantar kepada One Nusantara dimana novel sulung saya diterbitkan. Kenapa One Nusantara? One Nusantara sedang memberi peluang kepada penulis-penulis novel yang baru untuk menerbitkan novel mereka dan menerima semua jenis genre novel terutama novel cinta remaja, seram, sci-fi dan sebagainya --> cam iklan pulak.


Buat masa sekarang, saya akan tumpukan kepada ANTASIA terlebih dahulu. Apabila sudah siap sepenuhnya, barulah bersedia untuk meneruskan manuskrip HIKAYAT CINTA. Jadi, diminta pembaca sekalian dapat bersabar dan memahami ke'bz'an yang melanda saya sekarang ^_^
Thanks for your support!

0 ulasan:

Catat Ulasan