Followers

Selasa, 9 Mac 2010

Projek 2010


Antasya

Saya tahu ramai yang tertanya-tanya tentang enovel ini. Sebelum saya terangkan segalanya, saya terlebih dahulu ingin minta maaf banyak-banyak sebab jarang meletakkan entry terbaru bagi enovel ini yang sekian lama menyepi. Ada beberapa faktor yang membuatkan saya jarang post enovel Antasya antaranya:-

1. Ketiadaan masa untuk menulis cerita ini.

Masa saya banyak terbuang dengan menulis enovel Hikayat Cinta, menyunting karya-karya seperti Prince Charming, C99H dan terbaru menulis manuskrip AKU, DIA DAN GITAR. Oleh itu, saya tiada masa untuk tumpukan perhatian pada enovel Antasya apatah lagi saya bukan penulis sepenuh masa. Saya juga mempunyai pekerjaan yang tetap dan bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Pada sebelah malam sahaja saya ada masa untuk menulis tetapi masa tidak mengizinkan untuk menulis enovel Antasya kerana saya menumpukan pada karya-karya yang lain. Kadangkala masa cuti saya dipenuhi dengan kerja-kerja pejabat yang dibawa balik.

2. Mood

Idea novel ini dah lama terperap dalam otak, jalan cerita selalu bertukar mengikut keadaan semasa dan mood. Itu yang menjadikan saya pening sedikit. Kadangkala apabila ada mood untuk menulis, masa pula tiada sebab ada banyak lagi kerja yang perlu dikejar dan disiapkan berbanding enovel ini. Jadi, saya perapnya sehingga sekarang.

Satu kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini, saya tidak dapat menulis beberapa buah novel dalam masa yang sama. Oleh itu mulai tahun 2010, saya telah mengambil keputusan untuk menumpukan sesebuah novel mengikut projek yang telah saya senaraikan. Ia termasuk enovel dan manuskrip novel yang akan ke versi cetak..

E-novel VS Novel

Antasya

Bagi peminat enovel Antasya, ada berita baik untuk anda semua. Saya telah membuat keputusan untuk menumpukan pada cerita Antasya untuk ke versi cetak untuk awal tahun ini. Berkemungkinan saya akan merombak semua plot dan watak dalam cerita ini untuk versi cetak. Saya mengambil keputusan untuk TIDAK menutup blog Antasya walaupun BERKEMUNGKINAN BESAR saya tidak akan post apa-apa entry di dalamnya. Ini kerana saya ingin menumpukan perhatian pada jalan cerita yang baru.

Jadi bagi peminat enovel ini, harap anda dapat bersabar dan tunggu kemunculan novel ini ke versi cetak kelak.

Hikayat Cinta

Enovel ini akan berjalan seperti biasa tetapi mungkin jarang akan di upload ke blog kerana dalam masa yang sama saya akan bertungkus lumus untuk siapkan manuskrip penuh enovel ini. Sebenarnya terdapat sedikit masalah untuk meneruskan Hikayat Cinta. Ini adalah kerana novel ini panjang dan mempunyai 6 Jilid. Kalau diterima penerbit mungkin perlu dibuat dua buku. Buat masa sekarang, saya membuat keputusan untuk teruskan menulis sahaja dan saya akan decide setelah siap manuskrip penuh kelak.

Ada beberapa sebab saya mengambil keputusan untuk menerbitkan Hikayat Cinta dalam versi cetakan. Antaranya, saya perlu bekerja keras mencari duit untuk menyara keluarga dan saya fikir dengan cara ini saja saya dapat menambah pendapatan. Bukan simpati yang saya minta tapi saya berharap pembaca semua faham.

0 ulasan:

Catat Ulasan