Rasanya dah ramai yang bertanya bagaimana saya mendapat idea dengan cerita-cerita saya tapi saya tak sempat nak menjawab sebab saya rasa semua orang sedia maklum, idea datang dengan sendiri. Ia lebih kepada nasib. Mungkin hari ini nasib kita baik sebab dapat idea yang bernas tapi esoknya mungkin kita akan kebuntuan. Itulah idea. Idea tak datang seperti kerja di opis yang sentiasa ada.
Baiklah, di sini saya akan bongkarkan bagaimana saya dapat idea untuk berkongsi dengan anda semua. Walau bagaimanapun setiap penulis mempunyai cara mereka sendiri untuk memperolehi idea. Mungkin cara saya takkan berkesan tapi kalau sesiapa nak mencuba apa salahnya.
1. Dengar lagu
Cara yang senang tapi sebenarnya susah. Jangan dengar lagu Melayu atau lagu yang anda faham bahasanya. Sebagai contoh, saya selalu mendengar lagu Mandarin. Bukan saya nak menyebarkan pengaruh lagu Mandarin tetapi inilah caranya untuk memperoleh idea. Caranya agak rumit. Sebab saya perolehi idea bukan dari liriknya tetapi dari rentak dan melodinya. Terus terang saya kata, imaginasi kena tinggi. Sebab sambil mendengar rentak lagu, imaginasi mesti digunakan untuk memperolehi satu lakaran cerita. Sebab itulah saya selalu membawa MP3 ke mana-mana.
2. Tonton drama dan filem
Cara ini juga senang tapi harus ingat, jangan menciplak cerita ataupun terikut-ikut cerita yang kita tengok. Kalau ikut tema cerita mungkin boleh diterimalah. Selalunya saya menonton drama atau filem sebab ingin dapatkan idea tentang sesuatu watak. Jangan ingat jalan cerita sahaja yang perlu idea tapi watak juga perlu idea yang bernas. Sebagai penulis, kita pasti bosan dengan watak yang stereotype dengan novel-novel yang lain. Perkembangan sesuatu watak perlu juga di ambil kira. Selalunya saya lebih suka menonton drama daripada filem. Dan saya paling suka menonton drama Jepun sebab watak yang mereka bina, memang lain daripada yang lain.
Harus ingat juga, jangan jadikan watak cerita anda seperti diri anda sebagai penulis. Selalunya penulis perempuan begitu lemah menonjolkan watak lelaki. Sebabnya 1. Mereka tidak membedah watak lelaki tapi lebih membedah watak perempuan. Mungkin ada juga penulis yang banyak menonjolkan watak lelaki tetapi watak lelaki nampak seperti watak perempuan ataupun watak penulis itu sendiri. Mungkin sebab inilah pembaca tak boleh terjun ke dalam cerita itu.
Setiap penulis perlu berlakon menjadi sesuatu watak. Anda perlu menjiwai watak, bukan hanya watak hero dan heroin tetapi watak sampingan yang ada di sekeliling cerita tu. Bab ini yang sukar kerana ia akan mempengaruhi emosi sesetengah penulis. Selalunya kalau emosi dah menguasai diri (dapat tarik mood) saya lebih suka mengurung diri dalam bilik dan kalau orang mengacau, saya akan marah orang itu. Selalunya yang kena adik saya saja ^_^
3. Lakukan kerja-kerja lain
Ini salah satu cara release tension tapi berguna untuk dapatkan idea. Sebagai contoh, membasuh pinggan. Saya banyak juga dapat idea ketika membasuh pinggan sebab masa membasuh tu tangan sahaja berjalan, otak tak berjalan. Jadi, apa salahnya jalankan otak masa tu.
4. Bertapa
Bertapa maksudnya di sini berehat. Selalunya jika kita menulis pasti ada ketikanya kita akan rasa blank. Tak dapat fikir apa-apa. Kalau jadi macam ni, pergilah bertapa ke mana-mana. Jalan-jalan tepi rumah ataupun pergi melepak kat shopping complex ataupun pergi kedai lepak kat kedai mamak bersama kawan-kawan. Cara saya pergi bertapa pulak, saya akan tidur puas-puas, lepak tengok tv, sewa DVD banyak-banyak ataupun pergi ke kedai buku membelek novel yang ada.
Kalau time pokai, saya akan menonton youtube, cari drama-drama terbaru di internet. Habiskan masa 1 hari untuk tengok video. Itu juga selalu saya lakukan kalau nak tarik mood.
Itu sahaja yang dapat aku kongsi. Yang lainnya terserah kepada seseorang penulis untuk cari idea sendiri. Nasihat saya untuk menjadi seorang penulis mestilah seorang yang jujur. Jangan ciplak idea orang lain. Elakkanlah mencuri idea orang secara langsung atau tak langsung. Cipta idea sendiri. Memang susah tapi kita akan puas dengan hasilnya.
Lagi dua, berangan dan perhatikan gelagat orang sekeliling :p
BalasPadamsaya selalu pilih cara no.1...memang rentak dan melodi lagu tu yang membuatkan idea saya datang mencurah2. selalunya tak kena dengan lirik pun...hehehe...lirik yg sebenarnya sedih tapi saya boleh create scence bersuka ria.
BalasPadam