Followers

Khamis, 10 Disember 2009

Perhatian kepada Pengguna-pengguna Nokia


Ketika melewati laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), saya terbaca satu pengumuman yang amat berguna terutama sekali bagi pengguna-pengguna Nokia.

Berikut adalah pengumuman tersebut:

updated Friday, 04 December 2009

Dimaklumkan pihak Nokia telah menjalankan aktiviti penarikan balik bagi pengecas 2-pin jenama Nokia daripada pasaran dunia. Pihak Nokia di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media di beberapa akhbar tempatan mengenai perkara ini dan program pertukaran pengecas Nokia (Nokia Charger Exchange Programme) secara percuma yang ditawarkan.

Untuk makluman lanjut, pihak tuan/puan boleh melayari laman web http://chargerexchange.nokia.com/ bagi mendapatkan maklumat mengenai cara-cara untuk mengenalpasti model pengecas Nokia yang ditarik balik dan program pertukaran pengecas Nokia yang ditawarkan.

Ahad, 6 Disember 2009

Death Note mengajar kita sesuatu

Semalam saya sempat menonton Death Note yang tersiar di 8TV jam 8.30 malam. Sebenarnya saya sudah menontonnya berulang kali filem tidak kira yang pertama atau filem kedua. Death Note memang menjadi salah satu cerita yang begitu hebat bagi aku sejak membaca komiknya sejak sekolah menengah dahulu.


Bagi yang menonton telah menonton filem Death Note, anda patut membaca komiknya terlebih dahulu supaya faham apa yang ingin disampaikan dalam filem. Rata-rata kawan saya tidak faham apa yang diceritakan dalam filem Death Note ini. Ya. Ceritanya berbelit tapi kalau pembaca/penonton itu bijak, dia akan faham apa yang ingin disampaikan oleh cerita tersebut.



Death Note mengisahkan Yagami menemui buku nota Death Note milik Riok yang terjatuh di dunia manusia. Dengan adanya buku itu Yagami (Kira) boleh membunuh dengan hanya menulis nama seseorang itu. Tapi Yagami yang merupakan pelajar cemerlang di Jepun ini tidak menggunakan kesempatan itu untuk membunuh orang sesuka hati kerana dia hanya membunuh penjenayah-penjenayah sahaja. Dengan kemunculan Kira, jumlah penjenayah semakin berkurangan di Jepun.



Walau bagaimanapun tindakan Yagami mendapat tentangan daripada pihak atasan yang diketuai oleh L. Di sini bermulalah perang psikologi antara Yagami dan L. Mungkin ramai yang sudah tahu ending cerita filem ini. Tak seperti komik, sepatutnya L mati di tangan Kira tapi dalam filem Kira mati diakhir cerita.



Filem ini memang agak mendukacitakan aku sebab aku lebih sokong perjuangan Kira. Bagi aku L hanyalah penyibuk yang berlatar belakang seorang penyiasat yang kononnya ingin menegakkan kebenaran. Ada sebab-sebab tertentu kenapa aku lebih suka perjuangan Kira daripada L:-



1. L bijak tetapi tak guna kebijaksanaannya untuk membenteras jenayah



Seperti yang penulis gambarkan, L adalah seorang remaja genius dari FBI yang datang ke Jepun untuk menentang KIRA. Jika dia bijak dan genius dan ingin menegakkan keadilan kenapa dia menyibukkan diri untuk menangkap KIRA? Bukankah lebih baik L mengunakan kebijaksanaannya untuk menangkap penjahat/penjenayah yang licik.



2. Jenayah yang berleluasa



Jika difikir dari sudut lain, memanglah apa yang KIRA buat menyalahi hak asasi manusia dan biarlah pihak berkuasa dan undang-undang sahaja yang jatuhi hukuman terhadap penjenayah tapi sekarang ini juga, pihak berkuasa dan undang-undang boleh melepaskan penjenayah dengan senang. Penjenayah tetap bergembira dengan jenayah yang dilakukan, pihak berkuasa menjadi kaya dalam sekelip mata manakala mangsa jenayah pula tetap menjadi mangsa. Jadi, apa gunanya ada pihak berkuasa dan undang-undang kalau jenayah semakin berleluasa?



3 Kuasa


Lihat dari sudut lain. KIRA mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membunuh orang yang membuat jenayah tidak kira di Jepun ataupun di luar negara. Jika fenomena ini berlarutan, orang lain takut nak buat jenayah. Jadi, negara-negara yang maju dan melakukan jenayah perang mudah menjadi sasaran KIRA dan sebab itulah pihak FBI memulakan siasatan terhadap KIRA. Mereka menganggap jika KIRA wujud, negara dan pemimpin atau organisasi mereka turut akan menjadi mangsa KIRA. Jadi untuk menghentikan KIRA, mereka menentang KIRA dengan menganggap KIRA juga adalah penjenayah.



Sebenarnya, filem ini ingin membuka mata kita semua tentang banyak perkara iaitu, tak guna berlagak jadi hero dan menegakkan keadilan sebab pihak yang berkuasa tetap melindungi penjenayah dengan melepaskannya atas alasan tiada bukti-bukti kukuh. Filem ini juga merungkap bahawa pihak berkuasa tidak dapat menerima kehadiran penegak keadilan seperti KIRA dan memutar belitkan kenyataan supaya orang ramai menentang KIRA. Jika dilihat, situasi ini juga berlaku di dunia-dunia politik.