Followers

Selasa, 1 September 2009

Hikayat Cinta Vs Aku, Dia dan Gitar

Aku, Dia dan Gitar adalah projek terbaru aku yang telah aku war-warkan di blog enovel. Karya berbentuk Nopen ini akan aku publish dalam masa yang terdekat setelah aku mempelajari serba sedikit tentang gitar. Sebenarnya aku sentuh gitar pun tak pernah apatah lagi main gitar. Dan ini menjadi cabaran aku untuk menulis cerita begini.


Dalam masa yang sama Hikayat Cinta tetap akan berjalan seperti biasa. Mungkin ada yang tidak puas hati kenapa aku tak habiskan Hikaya Cinta terlebih dahulu dan tiba-tiba ingin menulis cerita baru. Keadaan ini hanya akan berlaku jika seseorang penulis berasa bosan menulis cerita yang sama ataupun ketiadaan idea bagi ceritanya. Tapi bukan itu yang terjadi pada Hikayat Cinta. Idea Hikayat Cinta sentiasa muncul di kepalaku cuma tiba-tiba sahaja kepalaku menerima kehadiran idea lain.


Oleh kerana aku ingin menangkap mood idea terbaru ini, aku terus membuat keputusan untuk menulis cerita ini tapi dalam bentuk Nopen. Ini bermakna, jalan ceritanya pendek dari novel yang pernah aku buat. Sebenarnya ada dua lagi idea yang muncul baru-baru ini tapi aku hanya menyalinnya di kertas kosong sahaja supaya ia tidak ‘terbang’ jauh.


Nota kaki:-
Bagi peminat Antasya: Final Battle, enovel ini akan disambung kembali selewat-lewatnya minggu ini.

3 ulasan:

  1. nurul...
    kenal akak lg x..?
    quite interesting gak..
    ni nak tnye..
    blh tnye x..?
    ke nk ikut emel je..
    hikhikhik

    BalasPadam
  2. waaaa.....ada n3 baru utk antasya!!!hehe..gud luck!^-^

    ~okiE~

    BalasPadam
  3. salam, ratu..
    bila nk posting kelas blogger?
    dh lma sy tggu.hope ratu post kelas tu cepat yea..hee..

    BalasPadam