Followers

Sabtu, 8 Ogos 2009

TENTANG HIKAYAT CINTA

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang genre enovel Hikayat Cinta dan mungkin ada juga yang boleh mengagak apa yang aku cuba ketengahkan dalam enovel ini. Hikayat Cinta adalah sebuah enovel sukan bola keranjang. Orang kata, kalau asyik buat novel cinta saja bosan juga. Ya. Aku dah semakin bosan buat novel cinta dan kini barulah aku faham kenapa ada sesetengah penulis cakap begitu. Walaupun hanya penulis enovel tapi aku dah mula rasa muak menulis novel cinta. Malah sekarang ini aku tidak lagi membaca novel cinta. Lihat novel cinta yang berlambak di pasaran sekarang pun aku dah semakin muak. Mungkin ini adalah tekanan hebat untuk siapkan manuskrip Prince Charming. Ah, baru nak buat satu manuskrip dah muak dengan cerita cinta.


Selain bertemakan sukan bola keranjang, aku juga memasukkan element kehidupan dalam enovel kali ini. Jika anda peka dengan jalan cerita yang aku tonjolkan dalam HC ini mungkin anda akan dapat pelajari sesuatu di dalamnya. Element cinta pula memang ada sebenarnya tapi tak banyak dan jarang-jarang dimasukkan sebab aku hendak tumpukan pada teman utama iaitu sukan bola keranjang.


Bagi aku, untuk menulis cerita berbentuk sukan memang betul-betul penuh cabaran. Jika dulu, aku menulis karya-karya bertemakan cinta, aku main hentam kerabu saja tapi untuk enovel HC ini aku lebih berhati-hati kerana lebih banyak fakta tentang bola keranjang yang perlu aku baca dan kena buat kajian mendalam tentang sukan ini. Aku menulis sambil belajar, jadi, jika anda yang membaca karya ini dan tahu serba sedikit tentang sukan ini tapi aku salah menggambarkannya, sila beri tunjuk ajar.

Aku bukan peminat sukan bola keranjang tapi aku minat menonton cerita berkenaan sukan bola keranjang seperti Hot Shot, dan Kungfu Dunk. Tapi tak suka dengan cerita Bullfighting (rasanya inilah tajuknya) yang dilakonkan oleh Mike dan Hebe tu. Kalau cerita tu mengetengahkan pelakon lelaki sebagai pengganti Mike mungkin aku akan tengok. Bukan sebab aku tak suka Mike tapi sebab lakonannya tak menjadi. Terus tak de feeling nak tengok cerita tu.

Jadi, bagi sesiapa yang meminati bola keranjang, teruskanlah membaca HC dan bagi yang mengharapkan kisah cinta 100% dari HC, aku tak dapat berbuat demikian. Kadang-kala unsur cinta dalam sesebuah novel mesti diseimbangkan dengan unsur-unsur kehidupan yang lain. Begitu juga dengan hidup kita, kita semua takkan membincangkan kisah cinta setiap saat, bukan?

3 ulasan:

  1. yup2..
    stuju2..
    cite2 love story ni kekadng
    buat org muak aje nk bace..
    kekdng ade cite nye same aje..
    cume tukar name n tmpt..
    erm.. boring..

    (ape2 pun aku dh mule agk yg HC ni bukn cite love story..snjak aku bace dr ep. 1 ag..)

    ape2 pun kak ratu teruskn perjuangan anda..

    (1 time aku komen mmanjg gini.. haha)

    BalasPadam
  2. klau nk tau lebih psl basketball sye cdgkn tgk anime slam dunk...
    xde r 100% psl basketball tp die ade cite r dr basic n senang phm...
    tp xtau r klau akk x suke anime...just bg cdgn...hihi

    tp sye still suke HC nie...enjoy!!!

    BalasPadam
  3. ske glur kt cter HC ni
    c0z org memg fnatic glur ngn
    bsketball!heheh....
    cpt2 smb0nk ye kak ratu

    BalasPadam