Percayakah anda pada jodoh? Jodoh tidak hanya bermaksud pada cinta sahaja. Jodoh juga boleh jadi dan berlaku dalam situasi lain. Namun, orang ramai sekarang bila bercakap pasal jodoh pastinya teringatkan jodoh dengan seseorang yang akan bergelar suami/isteri. Jodoh seperti cinta. Universal. Cinta juga tidak semestinya merujuk kepada seseorang kekasih tapi juga kepada keluarga, kerjaya dan pada Allah S.w.t.
Dan jodohku dengan bola keranjang. Kenapa? Ketika aku 'bercinta' membuat research mengenai bola keranjang, tiba-tiba aku diketemukan dengan bola keranjang. Alhamdulillah, dapatlah aku menyambung research yang susah ini. Bagi aku nak mencari bahan untuk bola keranjang memang susah memandangkan aku tiada kawan-kawan yang minat gila dalam sukan ini. Pergi National Library pun macam tiada makna sebab tak jumpa buku yang aku mahu. Hanya dua tiga buah buku saja itupun tidak padat. Dan hari ini mungkin dapat meringgankan masa aku mencari bahan.
Ps: aku mula terfikir; apa jodoh aku lepas ni? Berkasih dengan pemain bola keranjang? Hahaha!
hye kak ratu...
BalasPadamwaaahh sudah jatuh cinta sama dgn pemain bola keranjang?? hehehe