Followers

Sabtu, 18 Julai 2009

Tentang PC (bahagian 2)

*mengeluh*

Aku tak ingin tulis tapi tertaip pula entry ini. Jadi terpaksa beritahu. Beritahu bahawa aku bengang dengan manuskrip PC dan sekarang tengah berperang dengannya dan keputusannya... aku dengan rasa penat, geram dan mengantuk ini menyatakan bahawa aku akan merombak kesemua plot PC dengan serta merta. Dari awal sehingga akhir.

Hahaha... harap ini kali terakhir aku rombak plot PC.

*perutku berlagu*

Aku tak ingin tinggalkan laptop aku walaupun sesaat dan walaupun ayam KFC memanggil-manggil aku sekarang. Plot ni perlu di segerakan selagi otak aku masih berfungsi untuk meletupkan idea-idea yang sedang hangat sekarang ini.

*lagu Thank You- Dido sudah berkumandang hampir 100 kali*

Dalam keadaan terdesak semuanya aku buat tak endah. Editing PC terlampau banyak cabaran. Kali ini aku sudah berjanji pada penerbit bahawa aku akan siapkan pada minggu ini juga dan hantar pada penerbit pada minggu depan. Aku tak nak menangguhkan lagi manuskrip ini. Biarlah tak tidur satu malam pun tak mengapa.

*bantal dan selimut aku tertinggal dalam bilik abang*

Sedang bertungkus lumus menyiapkan PC tapi yang sebenarnya bantal tido dan selimut kesayangan aku tertinggal dalam bilik abang. Tengah terfikir nak redah masuk dalam bilik abang ke tak??

*mengeluh*

3 ulasan:

  1. loh..susahnya keadaan kak ratu..tapi takapa,kak ratu pasti boleh..hehe..semangat!sa pasti pc semakin menarik selepas dirombak..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. jangan putus asa kak ratu..
    teruskan usaha anda..
    kalu tension sngat..
    kak ratu gi ambik sembhyang n solat n berdoa..
    InsyaALLAH mujarab..
    (Semoga ALLAH merahmatimu Kak Ratu Bulan) Peace..

    BalasPadam