Followers

Rabu, 10 Disember 2008

Imaginasi VS Pemikiran part 1

Aku terbaca entri di blog ABC dan tertarik dengan entri Popular VS Terbaik. Terus terang aku kata, aku bukan pengiat sastera sebab aku tak tahu apa itu sastera dan tak tahu menilai sastera dari sudut mana pun. Tapi aku minat membeli novel-novel ataupun buku-buku pengiat sastera seperti Faisal Tehrani. Aku baca bukan sebab aku nak memahami sastera tapi aku nak memahami mesej yang tersirat dalam novelnya.


Aku juga suka beli novel yang popular dan tak payahlah aku sebut nama novel-novel yang popular sekarang ni. Bila novel itu dikatakan popular aku akan beli tapi kebanyakkan novel popular ini aku hanya baca separuh sahaja dan lepas tu jadilah koleksi di rak buku aku. Jarang sekali aku membeli novel yang popular dan menghabiskan pembacaan. Aku tertanya-tanya, kenapa novel-novel ini di anggap popular? Mungkin sebab nama penulisnya yang gah, ataupun sebab cover novel yang cantik, ataupun sebab kita terbaca sinopsis/komen pada mana2 website/blog.


Mungkin. Sebab aku pun begitu pada mulanya. Bila baca sinopsis memang best, rasa nak beli sahaja masa tu tapi bila dah beli and baca novel tu, rasa menyesal pun ada. bukan sekali terkena tapi dah banyak kali terkena.


Dalam novel-novel popular, mesej yang disampaikan juga tidak jelas. Selalu kita terbaca di blog penulis ataupun di mana2 review tentang mesej yang hendak mereka sampaikan. Mesej kekeluargaan, persahabatan dan percintaan tapi bila aku membacanya, aku tak nampak langsung mesej-mesej tersebut. yang aku nampak hanyalah jalan cerita, penderitaan dan mainan perasaan. Dan novel itu popular sebab memberi kesan dan kepuasan pada pembaca.


Bagi aku novel yang terbaik adalah novel yang aku baca dan membuatkan aku terfikir sekali gus memberi impak yang besar dalam pembacaan aku. Selain itu novel yang terbaik juga adalah novel yang memperlihatkan pandangan/pemikiran seseorang penulis itu sendiri. contohnya, penulis mengaitkan sejarah perang dengan kehidupan harian dengan satu huraian yang membuatkan aku terfikir. Jangan terkejut bahawa aku membacanya di sebuah novel cinta dan bukannya novel sastera ataupun novel perang. Bagi aku, penulis bukan sahaja perlu ada daya imaginasi yang tinggi tapi perlu juga ada daya pemikiran yang tinggi untuk menulis sesuatu cerita.


Aku? Aku masih lagi belum sampai ke tahap itu. Tapi aku akan berusaha untuk menulis sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca.

3 ulasan:

  1. aku rasa maksud sastera tu terlalu luas. dlu aku slalu anggap sastera tu membosankn tp last2 aku masuk aliran sastera jugak kat skola dlu n kt kolej pn aku dikira plaja aliran sastera jugak sbab aku bukan plaja aliran sains.. eh, btul ke? Sastera tu apa sebenarnya?

    BalasPadam
  2. sorry, rsenyer da terlmbt giler nk comment tp nk jugak komen...hihi
    sye pon slalu gak kne cm kak ratu...bli novel yg sinopsis die jer best...sye poncm kak ratu yg rse novel tu patut bg reader tu berfikir tntg pndgn penulis bkn just berfantasi...;)
    and sye cdgkn akk bce novel zahrah de tigris...xtau r akk suke ke x tp novel tu mmg bg impak besar kt sye...mesej die sgt berkesan...hihi

    BalasPadam
  3. thanxx coz menyajikan cerita yg menarik nihh..
    memang best la citer roswell ngan blue nihh..
    perhhhhhhhhh!!!!!
    caya laaaaaaaa...

    BalasPadam