Followers

Rabu, 5 November 2008

DAIRI KU

Mulai tahun depan, blog Bulan Berbicara ini akan ditutup buat selama-lamanya dan akan di ganti dengan blogku yang lain. Sebenarnya aku tak mahu menutup blog ini tapi di sebabkan aku tak tahu nak update apa di sini, aku memutuskan untuk menutup blog ini. Jadi, segala catatan ataupun celoteh aku, anda semua boleh membacanya di blog satu lagi (yang memang dah lama wujud).


Mungkin pada masa itu juga anda akan kenal aku dengan lebih dekat lagi.


Aku berkarya bukan kerana nama ataupun inginkan menjadi popular tapi aku berkarya sebab aku nak hasil karya aku dibaca orang. Aku gembira kalau ada orang membaca dan memberi komen yang membina. Di sini juga aku dapat banyak pengalaman berkarya. Dalam tidak sedar, aku dah semakin menghampiri impian aku yang selama ini hanyalah angan-angan aku.


Insyallah, aku sedang berusaha untuk menyiapkan beberapa novel n enovel untuk tetapan kalian semua.^_^

KHAS UNTUK ANDA SEMUA:

SEDUTAN MY NEW ENOVEL

~DIA BUKAN KEKASIHKU~

Sinopsis pendek:

Mengisahkan dua sahabat, Aidamadiha dan Nabil berkawan baik sejak kecil lagi. Ke mana saja mereka pergi, pasti berdua....

Nabil:- Perfect guy. Lelaki idaman di kolej dan menjadi kegilaan ramai. Dia adalah nombor satu tidak kira apa juga cabaran yang dilaluinya...

Baginya;-

"Aku ada segalanya dan kadang-kala bosan juga. Aku harap sangat dapat menjalani hidup yang normal walaupun dunia aku sekarang memang normal..."

Aidamadiha>> Dia bukan Prince Charming sebab bila dia bercakap... aku sendiri pun tak faham dia cakap apa!

Aidamadiha:- panggilan manjad Diha. Seorang yang keanak-anakan. sedikit kepoh (sikit je ke) Kalau nak dibandingkan dengan Nabil, dia memang jauh ketinggalan. Seringkali gagal melakukan apa-apa dalam hidupnya.

Baginya:-

"Hidup ini adalah 'NO KOMEN'.

Namun cinta mereka masih lagi mejadi tanda tanya. Walaupun sering bersama tapi tiada siapa pun yang tahu satu rahsia... yang tahu hanyalah mereka berdua sahaja.

"Kau kekasih Nabil ke?"- Soalan yang menjadi tanda tanya semua orang.

"Kau dengan Diha pasangan kekasih ke?" - fadeup!

Dan jawapan mereka hanyalah satu:-

"DIA BUKAN KEKASIHKU!"

Noktah. Finish.

Tapi... belum THE END lagi...

3 ulasan:

  1. emm.. cmne eh nk msuk blog yg dia bukan kekasihku tu?

    BalasPadam
  2. blog tu memang ditutup dulu sebab tak de apa-apa lagi. Saya baru sahaja lakar draf watak2.

    Klu sy dah mulakan, sy akan buka :D

    BalasPadam
  3. salam..
    cam best je cite nie..
    uat elok2 k..
    hope the best from u!

    BalasPadam