Followers

Jumaat, 18 Julai 2008

BORING SAMBIL CARI KERJA

Beberapa hari ni kebosanan melanda diri yang amat sangat sehinggakan hendak menulis novel pun tiada mood tapi dengan gagah saya menulis juga. Bagi saya memang sudah kalau tiada mood untuk menulis tapi kita tak boleh tunggu mood datang. Kalau begitu sampai bila pun novel tak siap-siap. Walaupun tak de pun saya teruskan juga sambil menulis sambil membaca karya orang lain. Huh, berapa lama saya tak masuk laman web penulisan2u, sekali mengadap susah nak tinggalkan satu cerita pun dalam tu. Semakin meriah pula. Malah kesian pula dengan novel saya yang terbengkalai di sana. Oleh sebab internet di office laju, bolehlah saya hantar tanpa gangguan.
Dapat dua tiga bab pun jadilah asalkan saya hantar. Tak kisahlah kalau ada orang yang dah baca di blog saya. Asalkan cerita saya di blog tu tak terbengkalai. Penat dah membaca karya orang, cuba cari2 novel terbaru dari KarnaDya. Dan saya terpikat dengan novel ni...
Sinopsis:



Empat sahabat, Farhan, Imran, Sofea dan Anis secara kebetulan telah terperangkap di sebuah kota misteri. Mereka berusaha mencari jalan keluar dengan bantuan Adam, rakan dari kota misteri.


Reka bentuk bangunan yang sama menyebabkan empat sahabat sukar mengingati jalan keluar. Masa kian suntuk. Mereka tidak boleh terus berada di kota misteri. Air yang lebih berharga daripada emas menjadi penghalang utama untuk mereka bertahan lebih lama di situ.
Kunci Dimensi yang menjadi penghubung dunia mereka yang sebenar dan kota misteri harus dicari segera. Kehadiran mereka turut dihidu Kumpulan Pencari Kunci Dimensi. Mereka pasti ditawan kumpulan tersebut andai gagal menemui kunci dimensi.

TERBITAN: KARNADYA

Gila novel sci-fi! Yes! Saya tak beberapa minat dengan novel cinta dan C99H adalah percubaan saya itupun selepas byk novel cinta tak berjaya (everytime nak buat novel cinta mesti melencong ke dunia sci-fi). Mujurlah C99H tak melencong bersama. Mungkin sebab itu saya kena banyak belajar tentang penulisan dan bagaimana hendak menulis dan sebab itulah saya ke Bengkel Penulisan Anjuran KarnaDya pada 21 June 2008 yang lalu. Haa... dah lama dah! Best juga. Saya datang lambat dan pulang cepat. Lambat 30 minit je.

Kak Aina Emir memberikan TIP2 PENULIS. Saya akui memang susah juga nak jadi penulis ni. Nak menulis sesebuah cerita bukan boleh main taram je. Homework mesti di buat. Kajian mesti tepat. Jangan main tulis je tanpa mengkaji sesuatu benda. Plot juga kena ambil tahu. Kadang-kadang pembaca ni lebih pandai lagi (saya sendiri pembaca dan kadang2 aku dapat kesan kesalahan penulis). Pendek kata, saya dapat tambahkan ilmu dalam bengkel tersebut. Terima kasih KarnaDya.

Oh ya, untuk minggu depan enovel ANTASYA: FINAL BATTLE akan bermula. Saya akui memang susah untuk menulis musim ke 2 ini. Banyak kajian yang saya terpaksa lakukan dan kadang-kadang rasa nak ambil jalan mudah je. Hentam! Tapi tak puas hati pula. Walauapapun saya akan berusaha untuk tingkatkan gaya penulisan saya.

Dan buat peminat C99H, novel ni hampir sampai ke penghujungnya. Endingnya simple je (kot). Ini adalah kelemahan saya. TAK RETI BUAT ENDING! Kalau boleh semua cerita saya tak payah buat ending (boleh ke?) . Dulu masa sekolah, time buat karangan mesti tiada penutup. Cikgu pun pening. Apa boleh buat, kalau fikir bab ending mesti 2,3 hari fikirkannya... tapi sekarang saya terpaksa belajar buat ending.

Kenapa saya kata saya TAK RETI buat ending? Saya pun tak tahu. Bagi saya ending sesuatu cerita memang susah nak dibuat. Semua ending yang saya pernah buat... ianya simple. Tak de kejutan dan bila saya baca balik novel yang saya buat masa sekolah dulu, tak best pula.

For the next novel, maybe saya akan publish enovel HIKAYAT CINTA (kot) coz ada juga terfikir nak publish novel yg saya buat masa sekolah lagi. So, tengoklah macam2. Tapi novel sekolah ni memang tak masuk akal. Masa tu buat just tuk suka2. Tak tahulah cam ne saya boleh dapat idea gila macam tu.

0 ulasan:

Catat Ulasan