THE MAKING OF...
ANTASYA: FINAL BATTLE
Akan menemui anda semua dalam masa yang terdekat ini. Saya tak dapat tentukan tarikh sebenar bila musim ke2 ini akan dikeluarkan. Ini adalah kerana musim ke 2 ini agak complicated sikit.
To many action, to many secret and to many research i need to do. So, just wait. Actually, ANTASYA: DAIRI LUNA LUSIA hanyalah prolog ataupun pengenalan cerita tapi tulis punya tulis saya rasa macam dah boleh buat satu buku dah. So, untuk tidak mengelirukan pembaca saya membuat keputusan untuk membahagikan ia kepada 2 bahagian (tak tahulah kalau tetiba ada bahagian ke tiga... tapi rasanya tak de ^_^ )
Musim ke2 juga anda akan berkenalan dengan Luna Lusia yang baru di samping watak-watak yang baru sehingga boleh membuatkan anda pening dengan kehadiran banyak watak (saya dah buat senarai watak dan saya juga jadi pening dibuatnya, sebab itulah saya perlu masa untuk stabilkan kesemua watak-watak ini supaya tiada kekeliruan)
CEDOK DARI MEMANA?
Soalan ini memang banyak saya terima... dan jawapan saya simple je... tak de cedok dari memana. Kalau ada persamaan dari cerita-cerita tu mungkin kebetulan saja. Actually, say tak reti menulis cerita cinta dan dari tingkatan 1 lagi dunia saya lebih kepada Anime dan cerita-cerita berbentuk kungfu dan sci-fi, dan dari situlah saya mula terfikir idea ANTASYA ini. Cerita ni dah lama terperap di minda saya, saya pernah cuba menulisnya tapi gaya tulisan saya pada ketika itu tidak sama seperti apa yang saya bayangkan. So, saya stop sekejap tapi bukannya putus asa cuma saya buat banyak research macam mana nak tulis cerita sci-fi dan aksi.
Banyak buku dan komik saya beli dan kadang-kadang saya akan beli VCD or DVD Anime untuk perlihatkan daya imaginasi mereka melakar sesuatu watak dan jalan cerita. GUNDAM SEED dan GUNDAM WING adalah sumber inspirasi saya untuk melakar semula watak dalam cerita saya ini. Kebetulan saya memang minat gila dengan siri anime gundam. Bukan sebab lukisannya yang cantik ataupun heronya yang handsem tapi sebab idea yang ditonjolkan oleh mereka ini memang bagus. Dari situ saya mempelajari mengembangkan imaginasi saya.
Selepas dapat lakar watak2 dan jalan cerita, saya cuba belajar gaya penulisan untuk novel yang berbentuk sci-fi. HARRY POTTER is the best reference. Mungkin ramai yang pernah baca novel HARRY POTTER, walaupun tiada nilai-nilai sastera tapi penulis JK Rowling berjaya membuat para pembaca masuk ke dalam dunia imaginasinya. Dan saya akui, masih jauh lagi perjalanan untuk saya jadi seperti JK Rowling. Bukannya jadi popular seperti JK Rowling tapi jadi sepertinya yang boleh membawa anda semua ke dunia ciptaannya.
ANTASYA: FINAL BATTLE
SINOPSIS:
Luna Lusia kembali dengan pelbagai persoalan. Namun, tiada siapa yang tahu. Dia bagaikan hilang ingatan. Begitu juga dengan Lucas yang merasakan dirinya seperti mati hidup semula.
Disangkanya Antasya sudah musnah tapi semakin hari Luna Lusia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena di sekelilingnya. Semakin hari juga, semakin banyak kes pembunuhan kejam. Dalam masa yang sama dia sering diburu oleh seseorang... dan dengan bantuan Romeo dan Juliet, mereka mula menyedari bahawa dunia sekarang telah bertukar menjadi dunia Antasya.
Bagaimana? Kenapa? Dan apakah yang berlaku menjadi tugas mereka untuk menyiasatnya. Malah apa yang buruk lagi FINAL BATTLE masih wujud walaupun di dunia nyata.
Walaupun tanpa Sky, dia masih meneruskan perjuangannya mencari punca ke 4 ataupun punca terakhir yang patut di hapuskan... iaitu PRINCE!

0 ulasan:
Catat Ulasan