Followers

Isnin, 21 April 2008

~@~SaLaM PeRkeNaLaN~@~

Kenapa Ratu Bulan?
Emm... aku pun terfikir juga soalan ni...
Aku pun tak ingat dari mana datangnya nama ni
Sedangkan aku bukannya ratu
dan Bulan bukan fav aku
Walauapapun nama ni dah melekat dengan aku
Siapa Ratu Bulan?
Baik tak yah jawab soalan tu coz tak de siapa lagi yang tanya...
Lagipun nama aku masih belum bertapak di dunia enovel
Ini adalah permulaan hidup aku menceburi dunia enovel
Sebenarnya takut juga
Takut karya kita diciplak
Tapi dalam takut-takut aku bina blog sendiri juga...
Langkah pertama, hantar karya ke Penulisan2U
Blog yang selalu aku lepak baca karya orang
Tapi bila hari-hari baca, rasa tergerak nak hantar karya aku sendiri
Sayang kalau simpan karya tu lama-lama
Tak sangka pula Novel Cinta 99 Hari mendapat sambutan walaupun baru chapter 1
Aku berkobar-kobar untuk hantar chapter seterusnya...
Dan seterusnya...
Aku hantar ... dan akhirnya ada certain watak yang telah ku ubah namanya...
Oleh sebab sudah nak edit, aku terfikir nak buka blog sendiri...
Khas untuk peminat enovel Cinta 99 Hari...
Bukan riak dan bukan berbangga
Tapi aku tak mahu novel ini bercelaru
Buat peminat enovel Cinta 99 Hari...
Terima kasih tidak terhingga kerana memberiku peluang berkarya
Terima kasih juga kepada yang memberiku email menyokongku...
-Terima kasih-
_RaTu BuLaN_

0 ulasan:

Catat Ulasan