Followers

Khamis, 24 April 2008

THE MAKING OF...


...CINTA 99 HARI...

-Untuk menulis enovel ini aku byk menonton drama-drama taiwan dan korea.

-Tapi aku lebih menonton drama Taiwan dari Korea

-Ini kerana aku tak beberapa minat dengan drama Korea.

-Aku hanya tgk bila ada cerita yang best saja contohnya seperti GOONG, FULL HOUSE,
WINTER SONATA DAN FORBIDDEN LOVE....
-Dan untuk eNovel CINTA 99 HARI INI, aku menonton drama BULL FIGHTING...





-Tapi aku tak tgk sampai habis lagi cerita ni

-Aku tertarik dengan cerita ni bukan sebab pelakon lelakinye yg handsome tapi sebab permainan bola keranjang

-Actually, eNovel CINTA 99 HARI ini bertemakan sukan Bola Keranjang tapi oleh sebab aku tak dapat cari info dengan lengkap... aku tukar ke tema cinta...


KENAPA CINTA 99 HARI?

-Sedangkan perjanjian BLUE & ROSWELL adalah 100 hari
-Pada mulanya aku memang nak letak tajuk CINTA 100 HARI, tapi aku rasa dah byk tajuk begini...
-Tambahan pula ada motif kenapa aku pilih tajuk CINTA 99 HARI
ENDING SEDIH?
-Kalau tajuk cerita yang menggunakan hari mesti anda akan terfikir bahawa endingnya sedih.
-Yup! Or Maybe!
-Aku tak boleh beritahu sekarang sebab ending eNovel ini masih lagi aku perlu kaji... tapi rasanya aku sudah dapat ending yang lain dari yang lain.
ILHAM CINTA 99 HARI
-Aku suka menulis dan mengarang, dan aku juga suka menonton drama... tak kiralah drama apa pun asalkan drama. Dan dari menonton itulah aku dapat sedikit idea n then aku kembangkan sedikit demi sedikit.
-Tapi dalam masa yang sama aku sering mencari kelainan untuk cerita ku. Bukan senang nak buat cerita yang tidak pernah kita baca, menonton dan melihat. Aku juga pernah jadi remaja dan aku juga suka membaca eNovel dan Novel cinta tapi kebanyakkan cerita tidak menepati citarasa aku.
-Mungkin sebab itulah aku mula menulis dan mengarang cerita aku sendiri supaya aku berpuas hati...

0 ulasan:

Catat Ulasan